03 January 2016

Allo Vienna! Part 1

"Allo!" 
- cara orang Vienna cakap hello

Parlamentsgebäude atau Parliament Building di Ringstraße

Welcome to my travel blog :) Ni first blog post dalam bahasa Melayu, so hopefully lebih ramai orang akan baca. Selama ni post dalam English macam takde sape bace je... *lagu sedih*

Vienna ni ibu negara Austria, and dia satu-satunya negara Eropah yang landlocked, meaning negara ni tak berpantai atau takde coastline, meaning bersedialah korang untuk suasana yang sejukkk-sesejuk-sejuknya-kalah-fridge-hang...

Natural History Museum Vienna 

Haha. Takdelah. Sebenarnye time saya pergi takde lah sejuk sangat, which is awal bulan Disember 2015. Masih lagi considered autumn (ye ke) or at least belum betul2 winter lagi. Suhu sekitar 10 Celcius ke atas and cuaca sangat sunny pada pagi hari, tapi time malam hujan renyai2..

Austria sangat terkenal dengan gunung alps, seperti yang dipopularkan dalam cerita The Sound of Music.. tapi kat Vienna ni takde alps, sebab dia city. Kalau nak visit alps, orang selalu pergi Salzburg (haha troll jap).

Kat Vienna ni saya stay 4 hari 3 malam dengan aunty yang bertugas di Malaysian embassy. Selalunya kalau travel memang pergi tempat yang ada family or friends sebab jimat , nombor satu for safety reasons - saya masih tak berani nak travel sorang2 - and nombor dua sebab senang kalau ada orang yang dah kenal tempat. Nak cari makanan halal senang, nak tengok tourist attraction senang, and best of all, kita dapat semua tempat2 best yang orang lain tatau. Haha! Orang sini cakap bahasa German dengan dialect Austria, jadi prepare la dengan basic phrases German sebelum nak ke sini.. 

Masa sampai Vienna time tu dah malam - flight dari London, transit kat Brussels. Kat airport Vienna ni ada ala2 shuttle bus berbayar untuk ke city. Harga tiket bus yang saya ambik dalam €8 one way (bus nombor 8).

Bus 8 ke Morzinplatz

Bus dia on time, so jangan lengah2!
Kebetulan aunty saya ada guests lain kat rumah dia, so kitorang semua pakat gi cafe malam tu. Pergi lah Hotel Sacher. Pergh.. lawa dia memang tak boleh kalah la. Terus teringat Plaza Hotel yang kat New York. Aunty saya recommend makan kek Sacher-Torte and apple strudel, dua2 dessert yang famous dari Austria, and minum coffee Wiener Melange.

Balik tido nyenyak

Day One - First day kat Vienna tak pergi mana2 specific pun, sebab nak explore city dia and nak biasakan diri dengan public transport kat sana. Saya beli tiket 24 jam dalam €7 dekat station U-bahn Schottenring, tapi kat mana2 station pun boleh beli sebenanye *thumbs up* Tiket ni boleh guna untuk bus, metro and tram.

Time jalan2 tu kebetulan lalu Rathausplatz, which is office datuk bandar dan dewan bandaraya Vienna (sori DBKL, bangunan korg tak boleh lawan langsung). Satu2 nye kelebihan travel hujung tahun kat Eropah ni semestinya Christmas Market, and kebetulan yang kat Rathaus ni market terbesar dan ter-meriah kat Vienna. Yey!

Satu2 nya entrance Christmas market kat Rathausplatz
Christmas market kat sini sama dengan yang kat negara Eropah lain. Orang banyak jual makanan local, decoration untuk christmas tree diorang dan juga souvenirs. Masa sampai market ni dah time lunch, jadi perut pun dah berkeroncang. Tengah jalan2 cari makan, terjumpa satu gerai ni....

TENGOK

Uishh kalau tak singgah ni, balik Malaysia nanti mesti menyesal! Diorang ni jual makanan manis je, macam kek and biskut tapi semua GIANT2 belaka..

*Gedebak gedebuk*

Boom boom pow
*Gedebooom*
Mari kakak, mari abang, semuanya murah2 belaka (ye ke)

Uuu tergodanyehh. Jadi saya pun belilah bukan satu, tapi DUA benda which is Maroni Röllchen, basically macam biskut love letter gergasi dengan hazelnut cream filling, and lagi satu Brandteig Ringe, macam glazed donut gergasi dengan custard filling. Yang bestnya stall ni ada list ingredients yang diorang guna untuk buat kek2 diorang ni, so kita tau mana satu boleh makan and mana yang tak boleh ☺ Dah puas cari makan, cari air pulak. Kat Christmas market ni memang banyak sangat gerai minuman punsch which is warm fruit punch yang mostly diorang campur dengan arak. Tapi jangan risau, ada je yang non-alcoholic untuk kanak2 yang kita boleh minum which is called Kinderpunsch 

Manih meleting

Lepas makan, saya pun jalan2 lah lagi kat area sama sambil ambik gambar bangunan2 yang ada kat sini. Negara Austria ni sebenanya sangat rich in history - diorang terlibat dalam perang since 1600-an sampai lah ke World War II, tapi kebanggaan negara ni pada classical music sebab ramai composer famous asalnya dari Austria, contohnya Mozart.

Wiener Opernball atau Vienna State Opera ♥

Disebabkan time ni cepat gelap, jadi tak lama lepas tu dah kena balik. Malam tu ada plan nak makan ribs kat satu kedai halal ni. Tempat tu agak jauh dari city dekat area suburbs, jadi kena ambik U-bahn dengan tram sekali. Nak pendekkan cerita, malam tu memang perut kenyang tidur tak ingat dunia... Tapi subuh on time ok. *riak* 


RIBSSS

Tybah tertipu. HAHAHAHA k

Hari kedua saya akan post dalam part 2! Stay tuned!

No comments:

Post a Comment